Search

FIVE PILLARS OF BIKERS

0 comments



Assalamualaikum... Selamat datang ke Blog Bikers (biro kerohanian & Sosial KTHO) ada 5 pillars dalam Bikers yang ingin kami capai... insyaallah kita sama-sama berusaha kearahnya...

Ma'rifatullah

0 comments

Orang ramai bersorak-sorakan. Pertembungan sengit kumpulan the fire dengan kumpulan phoenix, di pertandingan akhir bola tampar menyemarakkan lagi sorakan. Akashah, nama yang tidak asing lagi dalam kumpulan the fire selalu membuat kejutan demi kejutan, melalui ‘spike’nya yang berbisa. Tamat sesi pertama menyaksikan kedudukan seri 12-12.
Bermula sesi kedua…
Strike!!! Kumpulan phoenix mendapat mata pendahulu!!! Bolanya melantun ke penonton yang ramai… “eh, tepilah sikit!!!” ujar akashah berang phoenix mendahului mata sesi kedua. Tidak ketahuan, yang ditolaknya ialah Pengetua kolejnya sendiri…
Setamatnya pertandingan, rakan-rakannya menepuknya, “beranilah kau..”. Seorang teman seperjuangan membisikkan sesuatu. Akashah langsung pucat. Selidik punya selidik, rupanya yang ditolaknya pengetua kolej yang disegani.

Begitulah akashah, lantaran tidak mengenal (ma’rifah) pengetua kolejnya, dia berani menolak pengetua. Tapi setelah diperkenalkan siapa pengetua, muncullah rasa takutnya. Sama halnya dengan seorang anak kecil yang “berani” menyentuh api atau memegang kabel elektrik bervoltan tinggi. Tindakan itu sama sekali bukan tindakan berani, tapi sekali lagi kerana faktor ketidaktahuan.

Begitulah nasibnya Islam dan ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Apabila disebut Islam, ada yang tidak menyukai, ada yang menjauhi, bahkan ada yang membenci, sedang dia dalam tidak ketahuan. Sama juga bila disebut, siapa yang menciptakan alam, mentadbir susur atur perjalanan malam dan siang, pasang surutnya lautan, dijawabnya Allah. Tapi, apabila diseru untuk meng-Esa-kan Allah, mereka mengatakan kami tidak pernah mengamalkan ini, lalu kami malu untuk mengamalkannya.

Dalam Islam, mengenal Allah (ma’rifatullah) adalah persoalan penting dan wajib, kerana hal ini berkaitan dengan pegangan (aqidah) kita.

Imam Ghazali menyatakan bahwa ma’rifah adalah sebuah tingkatan kecerdasan, yaitu mengumpulkan dua atau lebih informasi untuk menghasilkan sebuah kesimpulan. Dari kesimpulan itulah muncul tindakan atau sikap. Bukan ma’rifah namanya bila apa yang diketahuinya tidak menghasilkan tindakan. Seseorang yang mengaku mengenal Allah, tapi tidak menghasilkan ketundukkan, ketaatan, dan penghambaan kepada Allah, sesungguhnya dia belum ma’rifah kepada Allah.